Pembukaan Rasmi 2017

Klinik ini akan dibuka secara rasmi pada 8hb. Febuari 2017 jam 8.00 pagi.

Waktu operasi: 8.00 pagi-10.00 malam setiap hari
Pemeriksaan tekanan darah percuma
Diskaun untuk warga tua, pelajar, pasukan keselamatan dan orang kurang upaya.


Sunday 2 October 2016

Pengenalan kepada berkhatan

Berkhatan atau biasanya juga disebut bersunat adalah pembuangan secara pembedahan pada hujung kulit zakar lelaki. Hujung kulit ini adalah bahagian kulit yang menutupi kepala zakar.Berkhatan dilakukan secara meluas di seluruh dunia sebagai menyahut seruan agama Islam dan ada juga yang melakukannya sebagai acara tradisional. Selain itu berkhatan juga dilakukan untuk tujuan perubatan terutama jika ada masalan pembukaan pada kulub yang menyebabkan kesukaran untuk kencing. Keadaan ini di panggil "phimosis".

Sunat moden dilakukan oleh doktor yang berpengalaman. Biasanya ia dilakikan diklinik swasta, hospital dan juga ditempat tertentu seperti balai raya dam masjid. Sebelum berkhatan, biasanya doktor akan menjarum bius setempat untuk mengurangkan rasa sakit. Proses sunat biasanya mengambil masa 15-30 minit. Penyembuhan biasa mengambil masa seminggu. Walaubagaimanapun, jangka masa penyembuhan bergantung kepada penjagaan. Sekiranya ada komplikasi jangkitan, proses penyembuhan akan mengambil masa yang lebih lama.

0 comments:

Post a Comment