Pembukaan Rasmi 2017

Klinik ini akan dibuka secara rasmi pada 8hb. Febuari 2017 jam 8.00 pagi.

Waktu operasi: 8.00 pagi-10.00 malam setiap hari
Pemeriksaan tekanan darah percuma
Diskaun untuk warga tua, pelajar, pasukan keselamatan dan orang kurang upaya.


Monday 10 October 2016

Apakah itu phimosis?

Phimosis adalah keadaan dimana bukaan pada kulub terlalu sempit. Dalam keadaan ini kulit kulub tidak boleh menuju ke arah pangkal zakar. Phimosis seolah membentuk sebuah cincin yang ketat di hujung kepala zakar. Kadang-kadang bukaan kulub ini terlalu sempit sehingga menyebabkan kulit kulub akan mengelembung seperti belon semasa kencing. Terdapat dua jenis phimosis iaitu phimosis fisiologi dan phimosis patologi.

Phimosis fisiologi biasanya terdapat pada kanak-kanak yang baru lahir. Namun begitu, kulit pada kulub biasanya akan terbuka dengan sendirinya  mengikut umur. Phimosis ini adalah normal pada kanak-kanak yang tidak dikhatan dan akan kembali seperti normal pada usia 5-7 tahun atau pada usia yang agak lewat.

Phimosis patologi berlaku akibat kesan parut ( luka lama akibat tercedera ), jangkitan kuman dan keradangan ( inflamasi ). Penarikkan kulub secara paksa akan menyebabkan pendarahan, parut dan trauma fisiologikal kepada kanak-kanak. Sekiranya phimosis ini menyebabkan kulut kulub mengelembung semasa kencing, kesukaran untuk kencing dan jangkitan kuman, rawatan segera perlu dilakukan.


0 comments:

Post a Comment