Pembukaan Rasmi 2017

Klinik ini akan dibuka secara rasmi pada 8hb. Febuari 2017 jam 8.00 pagi.

Waktu operasi: 8.00 pagi-10.00 malam setiap hari
Pemeriksaan tekanan darah percuma
Diskaun untuk warga tua, pelajar, pasukan keselamatan dan orang kurang upaya.


Monday 3 October 2016

Kebaikan berkhatan

Terdapat banyak kebaikan berkhatan. Secara umumnya berkhatan adalah untuk kebersihan diri dan kesihatan. Berkhatan dapat mengurangkan jangkitan kuman dan mengelak komplikasi makibat jangkitan tersebut.

Di antra kebaikannya adalah:
  • Memudahkan pembersihan zakar.
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing terutama pada kanak-kanak.
  • Mengurangkan jangkitan atau radang pada bahagia kepala zakar ( balanitis ) atau bahagian kulit kulub ( posthatitis ).
  • Mengurangkan pembentukan parut pada kulit kulub yang akan menyebabkan penyempitan bukaan kulub ( phimosis ).
  • Mengurangkan risiko jangkitan akibat seks seperti sifilis.
  • Mengurangkan risiko jangkitan HIV.
Dr. Sobri Al-Qubbani telah menulis sebuah buku yang berjudul `Kehidupan dan Seksologi' menynyatakan bahawa berkhatan atau bersunat mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan:

  • Pembuangan kulit kulup membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh, daki kotoran, kumpulan lemak serta kuman yang terkumpul di situ sekaligus menimbulkan bau yang agak busuk dan terdedah kepada jangkitan kuman serta kulat.
  • Dapat mengelakkan risiko termasuk atau tersekat kepala zakar ketika berlunjur
  • Berkhatan juga dapat mengurangkan risiko kanser prostat
  • Kanak-kanak yang berkhatan awal dapat mengurangkan risiko sindrom terkencing malam

Perkara di atas juga dibuktikan oleh seorang pakar bedah, Dr Gerald Weiss yang menegaskan bahawa tanpa berkhatan, bahagian di bawah kulit menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman atau kulat dan ini meningkatkan risiko mendapat jangkitan. Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

WebMD Medical News bertarikh 6hb. Mac, 2000 ada melaporkan mengenai satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya dan mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya daripada kalangan lelaki tidak berkhatan. Justeru, mereka merumuskan khatan mencegah lelaki daripada menghidap kanser zakar.

Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya yang bertajuk 'Perubatan Islam Kontemporari', menjelaskan banyak kajian dilakukan menunjukkan berkhatan mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya; risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian dilakukan di Lembah Kashmir pada tahun 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat itu menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.

Mengikut pakar kanak-kanak terkenal, Dr Edgar J Shoen, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutama siflis, chancroid dan herpes genital. Berdasarkan hasil kajian, jelaslah orang yang berkhatan akan dapat menikmati kesihatan yang baik serta terhindar daripada pelbagai penyakit merbahaya.

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar pasangan dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan atau jimak. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Pada tahun 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, 'kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.



0 comments:

Post a Comment