Pembukaan Rasmi 2017

Klinik ini akan dibuka secara rasmi pada 8hb. Febuari 2017 jam 8.00 pagi.

Waktu operasi: 8.00 pagi-10.00 malam setiap hari
Pemeriksaan tekanan darah percuma
Diskaun untuk warga tua, pelajar, pasukan keselamatan dan orang kurang upaya.


Thursday 20 October 2016

Jangkitan kepala zakar atau balanitis

Balanitis atau jangkitan kepala zakar dan sekitarnya biasa berlaku kepada mereka yang tidak berkhatan. Biasanya 1 daripada 20 lelaki yang tidak berkhatan akan mengalami masalan ini. Ianya kadangkala menyakitkan tapi tidak begitu serius. Penyakit ini biasanya akan sembuh dengah hanya meberi ubat sapu atau krim antibiotik.

 Balanitis adalan masalah keradangan yang disebabkan jangkitan kuman atau masalah kulit yang kronik. Penjagaan kebersihan yang tidak betul juga menyumbang kepada iritasi kulit. Selain daripada itu kaedah pembersihan kepala zakar yang tidak lengkap atau berlebihan juga menyebabkan masalah ini. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pertumbuhan bakteria atau kulat yang berlebihan. Kulit kulub adalah tempat pembiakan kuman yang paling baik sebab ia menyekat kelembapan di sekitar kepala zakar.

Iritasi juga menyebabkan balanitis. Kebanyakkan iritasi disebabjan oleh :

  • Sabun tidak dibilas sepenuhnya semasa mandi
  • Menggunakan sabun untuk mencuci kepala zakar
  • Menggunakan sabun yang menyebabkan kulit kering
  • Menggunakan losyen atau spray yang mengandungi bahan kimia
Sesetengah ubat julap, pil tidur, ubat tahan sakit dan antibiotik boleh menyebabkan balanitis sebagai kesan samping.

Balanitis juga disebabkan oleh :
  • Artritis reaktif
  • Kencing manis yang tidak terkawal
  • Jangkitan seksual seperti sifilis







0 comments:

Post a Comment