Pembukaan Rasmi 2017

Klinik ini akan dibuka secara rasmi pada 8hb. Febuari 2017 jam 8.00 pagi.

Waktu operasi: 8.00 pagi-10.00 malam setiap hari
Pemeriksaan tekanan darah percuma
Diskaun untuk warga tua, pelajar, pasukan keselamatan dan orang kurang upaya.


Sunday 6 November 2016

Kanser Zakar

Tanda-tanda kanser zakar

Kebanyakan tanda utama bagi kenser zakar adalah perubahan pada permukaan kulit zakar. Perubahan kulit ini biasanya terjadi di kulit bahagian kepala zakar, kulit kulub pada lelaki yang tidak berkhatan dan ada juga perubahan kulit pada bahagia batang zakar.

Tanda dan gejala kanser zakar adalah :

  • Bahagian kulit menebal dan perubahan warna
  • Ketumbuhan atau benjolan pada zakar
  • Ulcer yang mungkin berdarah
  • Ruam atau kemerahan pada kulit
  • Ketumbuhan berbentuk rata dan berwarna kebiruan cokelat
  • Lebam berkerak dan kecil
  • Cecair barbau busuk di bawah kulit kulub
Walau bagaimanapun, tanda dan gejala dia atas buka hanya ada pada penyakit kanser zakar. Terdapat penyakit lain yang mempunyai tanda yang sama. Sekiranya anda mempunya tanda dan gejala di atas sila berjumpa doktor anda secepat mungkin. Rawatan dan pengesanan awal adalah lebih baik dan peratusan sembuh adalah tinggi.


0 comments:

Post a Comment